Saturday 26 March 2011

Hadiah buatku….

Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah…
Sepanjang menghadiri kursus ini banyak ilmu yang kuperolehi sebagai persediaan sebelum berumahtangga. Kubersyukur pada Allah kerana memberi peluang dan ruang serta mengizinkanku untuk menghadiri majlis ilmu seperti ini. Beruntung sekali kurasakan kerana Allah memberi peluang kepada diriku untuk tidak menjadi kebanyakkan orang yang hadir itu. Dalam erti kata yang sebenar “couple before married”. Nauzubillahiminzalik…
Alhamdulillah…
Kadangkala bermujahadah dalam menuju redha Allah amat perit dan sukar kurasakan..tewas..bangkit..tewas lagi..bangkit..tapi Allah itu sangat baik. DIA sentiasa menolong dan melindungi hambanya. Hanya keampunan dan kekuatan dari-Nya seseorang itu mampu berdiri teguh kembali. Masih kuingat lagi semasa di alam pengajianku di KTD, sahabat-sahabatku selalu berpesan.
“Jalan menuju redha Allah perlukan pengorbanan dan mujahadah yang kuat kerana syurga itu mahal untuk diraih.”
Ya! Setiapkali ujian Allah bertamu dalam hidupku, kata-kata itu lah yang menjadi suntikan dan penawar untuk diri ini melewati ujian dan dugaan yang Maha Esa.

No comments:

Post a Comment