Wednesday 1 June 2011

!khlAs....


Ikhlas datangnya dari hati yang tulus yang bermatlamatkan nan satu iaitu untuk meraih syurga Allah jua keredhaan-NYA…berbicara tentang Ikhlas dan mempraktikkannya amat sukar namun kita diberi peluang dan waktu untuk melakukannya.
Seseorang yang melakukan secara Ikhlas tidak mengharapkan balasan melainkan pahala dan keredhaan dari-NYA. Orang yang Ikhlas akan merasa nikmat di atas perkara yang dilakukannya walaupun “something” yang dilakukan tak seberapa secara zahirnya namun amat besar disisi Allah .
Ikhlaskan niat kerana Allah kerana “setiap amalan atau perbuatan dimulai dengan niat”.. sekiranya niat dihati adalah kerana Allah maka dapatlah ganjaran pahala disisi-NYA dan jua sebaliknya .
Sebagai contoh ana kemukakan dua situasi yang berbeda. Yang mana satu pilihan kita dan dimana kedudukan kita bila berada situasi tersebut?

Pelajar A
Belajar bersungguh-sungguh kerana Allah dan sentiasa memperbaharui niatnya semata-mata kerana DIA serta mempertingkatkan amal ibadahnya. Hasilnya amat menakjubkan.
Formula
Belajar + ibadah => Allah = ilmu kekal + mumtaz di dunia dan akhirat

Pelajar B
Belajar bersungguh-sungguh kerana “exam” dan amal ibadah ditingkatkan semasa musim peperiksaan.
Formula
Belajar + ibadah => exam = ilmu bersifat sementara +mumtaz di dunia