Saturday 26 March 2011

Sesekali DiUji

Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa

Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah

Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa

Pada Allah
Pengasih…Pemurah dan Penyayang

Hadiah buatku….

Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah…
Sepanjang menghadiri kursus ini banyak ilmu yang kuperolehi sebagai persediaan sebelum berumahtangga. Kubersyukur pada Allah kerana memberi peluang dan ruang serta mengizinkanku untuk menghadiri majlis ilmu seperti ini. Beruntung sekali kurasakan kerana Allah memberi peluang kepada diriku untuk tidak menjadi kebanyakkan orang yang hadir itu. Dalam erti kata yang sebenar “couple before married”. Nauzubillahiminzalik…
Alhamdulillah…
Kadangkala bermujahadah dalam menuju redha Allah amat perit dan sukar kurasakan..tewas..bangkit..tewas lagi..bangkit..tapi Allah itu sangat baik. DIA sentiasa menolong dan melindungi hambanya. Hanya keampunan dan kekuatan dari-Nya seseorang itu mampu berdiri teguh kembali. Masih kuingat lagi semasa di alam pengajianku di KTD, sahabat-sahabatku selalu berpesan.
“Jalan menuju redha Allah perlukan pengorbanan dan mujahadah yang kuat kerana syurga itu mahal untuk diraih.”
Ya! Setiapkali ujian Allah bertamu dalam hidupku, kata-kata itu lah yang menjadi suntikan dan penawar untuk diri ini melewati ujian dan dugaan yang Maha Esa.

Pangkat dan hakikat…

Semua peserta kursus pra perkahwinan tidak sabar-sabar menunggu hari kedua ini. Kenapa ya? Sudah tentulah nak dapat “tiket ke gerbang perkahwinan”.
Kenapa diri ini mengemukakan persoalan pangkat dan hakikat? Sebenarnya di sini ingin sekali aku mengatakan bahawa pangkat atau jawatan yang diraih tidak melambangkan peribadi seseorang. Kenapa diriku berkata begitu? Niat dihati tidak ada pun untuk complain atau mengata seseorang tetapi sebagai peringbatan dan pengajaran bersama dan hal ini membuatkanku berfikir sejenak dan merenung jauh perkara ini.
Seorang insan yang bergelar “ustaz” haruslah menjaga etika dan percakapan serta berhati-hati apabila mengungkapkan sesuatu kepada anak muurid atau pelajarnya. Ini kerana ia melambangkan peribadi seseorang. Amat malulah sekiranya yang “bertitle ustaz” itu sekiranya tidak menjaga tingkahlaku dan percakapannya semasa mencurahkan ilmu atau pengajarannya kepada anak didiknya. Malah kata-kata nista dan perkataan yang tidak enak didengar diluahkan apabila sesuatu perkara yang dibandingkan itu menghadirkan rasa marah dan geram. Contohnya, “bodoh betul anak muda sekarang, nak kahwin tapi tak da duit”. Wajarkah seorang yang berilmu pengetahuan dan bertitle ustaz menuturkan seperti itu? Fikir-fikirkanlah sendiri. Pasti antum mempunyai jawapan yang tersendiri.

Akidah…

Pada hari pertama dibahaskan tentang akidah. Yup! Madah ini sangat penting dan amat terkesan sekali dihatiku. Antara isi kandungannya; apa itu islam, iman dan ihsan. Apabila penceramah mengemukakan persoalan apa itu iman dan beriman? Masing-masing mula mencari idea yang relevan. Namun pelbagai jawapan yang kudengar apabila penceramah mengemukakan persoalan tersebut.
“beriman maksudnya puasa…”
“beriman maksudnya orang yang sembahyang…”
Macam-macam lagi jawapan yang kudengar. Apa yang pasti diriku mempunyai jawapanku tersendiri. Namun kuperhati pada penceramah pula. Dia hanya menggelengkan kepalanya. Mungkin sesetengah peserta tidak menyedari gelengan tersebut.
“beriman ialah seseorang yang patuh dan taat pada perintah Allah dan meninggalkan apa yang dilarang.”, ujar penceramah bagi melengkapkan jawapan pada persoalannya tadi.
Fikiranku mula bermain-main. Beginikah pemahaman dan penghayatan bagi bakal-bakal suami dan isteri? Fikiranku mula rungsing bila memikirkan bagaimana mereka mahu mendidik anak memandangkan dunia dan zaman semakin mencabar. Apakah mereka mampu mendidik anak-anak mereka mengikut acuan yang benar-benar dianjurkan oleh al-quran dan as-sunnah?

Tamayyuz…

Dua hari menghadiri kursus pra perkahwinan pelbagai ilmu yang dapat dan kumiliki. Sudah tentulah ilmu tentang rumah tangga dan pancaroba dalam melayari bahtera. Tapi sejauh mana kita memahami dan menghayati serta tahu tentang perkara tersebut?
Hati dan perasaanku sedikit teruja untuk mendalami ilmu tersebut. Bukan kerana diriku sudah mahu memasuki “alam” itu tetapi hadirnya aku dalam kursus itu semata-mata mahu menuntut ilmu. Matlamatku menghadiri sesi itu berbeda daripada kebanyakkan tetamu yang hadir dalam majlis itu.
Disitu aku menjumpai pelbagai ragam,attitude, character pasangan-pasangan yang hadir. Boleh dikatakan semua yang hadir kursus ini bersama-sama dengan pasangan masing-masing..datang bersama..pulang pun bersama..ops! diriku dikecualikan. Diriku mula berfikir…Macam mana nak bina “baitul muslim” yang diredhai dan diberkati oleh Allah sekiranya permulaannya sudah dicemari dengan maksiat dan murka Allah? Hati dan dadaku berasa sesak sekali apabila memandang dan memikirkan semua ini? Dalam diam aku bermuhasabah dan memohon ampun dari-NYA.

Bingkisan Hati....

Di sini diriku hanya ingin menceritakan pengalan dan melontarkan sedikit buah fikiran yang lahir dari hatiku sendiri. Mungkin kisah ini sudah biasa di dengar namun kisah dan ceritera ini daripada pemerhatianku dan sedikit ilmu yang kumiliki…mudah-mudahan ia menjadi peringatan buatku jua pembaca-pembaca yang masih perlukan kasih dan cinta-NYA. Insya-Allah…

Monday 21 March 2011

tercipta jua.....


Alhamdulillah...setelah sekian lama kucuba untuk memiliki blog ku sendiri..hari ni..waktu ini...saat ini...aku telah berjaya mencipta blog ku sendiri...syukur alhamdulillah kupanjatkan pada-MU ya Allah...