Tuesday 31 May 2011

sWeEt_MemOrAbLe ...

Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum kullu wa’antum..
Syukur Alhamdulillah sehingga ke hari ini Allah masih memberi peluang dan ruang untuk diri ini bernafas di muka bumi ini.merasai nikmat iman dan ukhwah di antara habluminannas jua nikmat yang paling terbesar adalah nikmat ISLAM. Syukur Alhamdulillah diri ini dilahirkan dalam keadaan ISLAM dan insya-Allah ISLAM is the way of my life insya-Allah. Sudah lama ana tidak update blog c!ntA hat!ku disebabkan keadaan tidak mengizinkan untuk ana berbuat demikian.
Syukur Alhamdulillah sepanjang menjadi pendidik di pusat tahfiz banyak perkara yang ana pelajari.kesabaran adalah tunjang Utama dalam melaksanakan amanah ini. Tanpa kesabaran banyaklah perkara-perkara yang tidak diingini akan terjadi.
Bagi ana medan yang ana lalui dan pilih ini adalah satu medan tarbiyyah bagi ana. Bohonglah kalau sepanjang perjalanan yang ana lalui ini ana tidak pernah tewas dan jatuh. Bilamana ana duduk bersendirian ana bermuhasabah “Jalan tarbiyyah memang ada onak durinya dan melakukan kerja-kerja islam memang ada penghalangnya” .
Bila fikiran dirasuk syaitan dan hawa nafsu bergabung menjadi satu, mahu saja jasad ini lari dan pergi dari medan ini namun ada segumpal darah yang merintih agar sabar dan kuat dalam melewati Jalan-jalan ini.
Hari-hari yang dilalui semakin hari semakin getir dan sukar namun semangat dan sokongan daripada sahabat-sahabat seperjuangan seperti nor dan kak tehah menjadi pendorong untuk ana terus bertahan. Bilamana jiwa dan fikiran rasa buntu, kaki ini laju saja bergerak dan duduk bersama-sama anak didik. Melihat keletah anak kecil membuatku rasa tenang. Kadang-kala bibir ini tersenyum sendiri melihat gelagat-gelagat yang mencuit hati. Bila diri ini kaku dan Tanpa mengeluarkan sepatah bicara, mulalah anak-anak ini mengerumuniku malah mereka juga turut memelukku.
“amin sayang cikgu…”
“batrisya sayang cikgu…”
“ainul suka cikgu sebab cikgu baik…”
“kenapa cikgu baik sangat??”
Hampir menitis air mata ini mendengar luahan mereka namun kutahan agar renik Jernih ini tidak dilihat oleh mereka. Lantas kupeluk mereka seerat-eratnya.hatiku sebak menahan tangis ini.
Tika sukma ini sedikit tenang, kubangun dan kupergi meninggalkan anak-anak ini dan kembali meneruskan kerja-kerjaku.
Sepanjang melaksanakan kerja ana , ana jadi hairan kenapa diri ana je dilihat salah.segala tindak tanduk ana di judge salah dipandangan pendidik-pendidik lain dan ana sendiri bingung dimana silap ana. Namun ana sabar dan tetap bersabar. Semua tu ana pandang dari sudut positif.ana pujuk diri ana, “tak per lah..Allah lebih mengetahui… biasalah Jalan menuju redha Allah memang ada onak durinya…”
dalam dimensi lain,ana kagum dengan anak didik ana yang hanya baru berumur 4-6 tahun tapi mampu menghafal surah yassin bermula ayat 1-64.
Terfikir juga ana even ana belum berkahwin malah ana boleh merasai bertuahnya ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka di pusat tahfiz ini mampu menjadi hafiz hafizah sejak kecil lagi. Bagi ana ini adalah salah satu pelaburan dan saham yang amat besar sekali. Hasilnya didunia dapat dan akhirat pun dapat..insya-Allah..
Di sini ana dapat belajar banyak ilmu dan pengalaman yang amat bermakna dalam hidup ana.tapi ada satu tarikh ini yang buat ana teruja sangat-sangat.
“16 mei 2011 @ Monday…”
Dulu time Sekolah rendah dan Menengah ana yang bagi hadiah pada cikgu-cikgu tapi kini anak didik plak yang bagi hadiah pada ana..syukur Alhamdulillah..banyak jugak hadiah yang ana dapat daripada pelajar-pelajar di pusat tahfiz ini..setelah dikumpul tiga plastic beg besar ana dapat hadiah dan dalam 50 hadiah jugak lah..alhamdulillah. tapi paling interesting nya bila ana masuk sukaneka rebut kerusi sempena hari guru..sengit jugak lah..
“ cikgu iefa..cikgu iefa…”
Masya-Allah time tu anak didikku memberi sokongan yang padu pada cikgunya..tak cukup dengan laungan “cikgu iefa..” ditambah pulak dengan tepukan gemuruh daripada skuad mereka..finally..alhamdulillah ana johan dalam acara tu..seronok sangat-sangat… dalam kedukaan terselit juga sebuah kebahagiaan.semuanya datanganya daripada Allah..Allah yang menghadirkan 1001 perasaan pada kita.. suka++duka++marah++bahagia++sedih++kasih-sayang++cinta++++++
Hadirnya perasaan itu menandakan bukti kekuasaan Allah..Cuma kadang kala kita tak terfikir pun semua tu bukti bahawa Allah still care us..trust it!!!

anak didik ana...


antara hadiah yang ana dapat...


Saturday 7 May 2011

esOk!!!!!!



Assalamualaikum all of u....
moga Allah melimpahkan rahmat ke atas kita semua....
apa khabar?????
hope u all sihat alhamdulillah...
ok...
straight to da point....
esok (8/5/2011) bermulalah satu medan yang selama ini turut menjadi salah satu impian ana..dan alhamdulillah bila ana muhasabah balik rupa-rupanya apa yang ana mohon pada Allah sebelum2 ni tak kena pada waktunya..dan esok, insya-Allah ana akan memulakan satu dunia baru sebagai pendidik..perasaan gemuruh dan berdebar itu normal....ana terfikir-fikir bagaimana perjalanan hari esok ana??
adakah semuanya mumtaz?
pelbagai persoalan bermain diminda ini..
tugas seorang pendidik bukan lah mudah apa yang kita sangkakan...
semuanya amanah dari Allah...rugilah sekiranya peluang yang ada tidak dimanfaatkan untuk melakukan kerja-kerja dakwah dan untuk ISLAM juga..
bila ana berfikir sejenak rupa-rupanya ini merupakan salah satu medan tarbiyyah untuk ana mengislahkan peribadi ana sebagai seorang muslim dan mukmin insya-Allah agar menjadi lebih terbaik dan bukan sekadar baik tetapi yang "terbaik"...
dalam hidup ana, ana selalu inginkan yang terbaik tetapi kadang-kadang kita perlu menerima hakikat bahawa walaupun kita tidak mampu menjadi yang terbaik tetapi kita berusaha untuk menjadi "yang terbaik'"...
memang dan tidak dinafikan setiap kali kita mahu membuat kebaikan pasti dan pasti ada halangannya...
tapi apa yang ana harapkan hari esok akan menyinari hidup ana dan mendapat sesuatu ilmu untuk ana jadikan sebagai pengalaman hidup..insya-Allah...

Wednesday 4 May 2011

!'m reAllY m!z u..


ana ada seorang sahabat..
sejak form 1 till form 4 kitorang sekelas..
but when naik form 5 kitorang tak dapat duk sekelas..
sahabat ana ni, bagi ana dia cukup baik..
ana letak title untuk dia "sahabat sejati"..
bila ana ada masalah atau apa-apa ke, dia selalu hadir di sisi ana..
bila dia ada masalah, ana akan turut berada di sisinya..
persahabatan ana dengan dia cukup akrab..
tibalah pada suatu hari tu ana dapat tahu ada someone yang iri hati dengan persahabatan ana dengan dia..

ana : macam mana ni, ada orang tak suka tengok kita bersahabat?

sahabat : tu lah pasal..dah lah orang yang tak suka, kawan kita jugak ni..

ana : tak per lah, kalau gitu kita tak payah lah jalan sama-sama lagi..kalau kita nak berhubung, biarlah melalui surat dah lah..nanti bila dia tengok kita rapat, makin jelez dia..

sahabat : hurmmm...ok lah...

sungguh hati ini berat dan sukar sekali untuk melakukannya..demi kebaikkan untuk dia, kami rela berkorban persahabatan kami buat sementara...
maklumlah pada waktu itu, ana belum memiliki handphone.. so surat lah penghubung persahabatan kami..even kelas kami sebelah menyebelah...
tapi lama kelamaan si dia dapat menerima hakikat bahawa persahabatan kami tidak boleh dipisahkan melainkan ajal maut yang dapat memisahkan kitorang..dia dapat menerima hakikat yang satu itu...
kini...
ana dan sahabat ana sudah 3 tahun tidak berjumpa dan bersua..
yelah kan..masing-masing mengikut hala tuju masing-masing selepas tamat form 5...
tapi..hingga ke saat ini ana masih berharap ana akan dapat berjumpa dengan sahabat ana lagi.. makan sama2..jalan sama2...blajar sama2..impian pun sama(***pilot***)hanya ana dan sahabat ana jew yang tahu makna disbalik (***pilot***)...
ana sayang sangat-sangat sahabat ana sorang ni...dia banyak membantu ana..dia sentiasa berada disisi ana tika susah dan senang...


ni lah sahabat ana..nama dia nurul amira bt.zakaria..tak silap sekarang ni ada KL..moga iera baik2 aja...i really miz u,dear...

wOrds FrOm !mAm hAsaN al-bAnNa....

"Apa yang aku maksudkan dengan ikhlas ialah : Setiap kata-kata, amalan dan jihad saudara muslim demi Allah, untuk mencari kereedhaanNya dan ganjaran baik dariNya, tanpa memandang sebarang imbuhan, kemegahan, gelaran , terkemuka atau tidaknya. Dengan itu ia menjadi tentera(pengikut) demi fikrah dan aqidah, bukannya pengikut demi kebendaan dan kepentingan diri"

" Orang yang ikhlas , ia sentiasa takutkan kemasyhuran dan tersebarnya "sum'ah" keatas diri dan agamanya, khususnya orang yang memiliki beberapa bakat serta kebolehan.Beliau berkeyakinan bahawa Allah akan menerima amalannya secara rahsia bukannya secara zahir. Seorang manusia itu, walau masyhur mana sekalipun, sekiranya niat bercampur dengan mengharapkan penghargaan manusia. tiada nilai disisi Allah"

aLL Musl!ms musT mAke J!hAd

-imam hasan al-banna-
Jihad is an obligation from Allah on every Muslim and cannot be ignored nor evaded. Allah has ascribed great importance to jihad and has made the reward of the martyrs and the fighters in His way a splendid one. Only those who have acted similarly and who have modelled themselves upon the martyrs in their performance of jihad can join them in this reward. Furthermore, Allah has specifically honoured the Mujahideen with certain exceptional qualities, both spiritual and practical, to benefit them in this world and the next. Their pure blood is a symbol of victory in this world and the mark of success and felicity in the world to come.
Those who can only find excuses, however, have been warned of extremely dreadful punishments and Allah has described them with the most unfortunate of names. He has reprimanded them for their cowardice and lack of spirit, and castigated them for their weakness and truancy. In this world, they will be surrounded by dishonour and in the next they will be surrounded by the fire from which they shall not escape though they may possess much wealth. The weaknesses of abstention and evasion of jihad are regarded by Allah as one of the major sins, and one of the seven sins that guarantee failure.
Islam is concerned with the question of jihad and the drafting and the mobilisation of the entire Umma into one body to defend the right cause with all its strength than any other ancient or modern system of living, whether religious or civil. The verses of the Qur'an and the Sunnah of Muhammad (PBUH) are overflowing with all these noble ideals and they summon people in general (with the most eloquent expression and the clearest exposition) to jihad, to warfare, to the armed forces, and all means of land and sea fighting.
We shall not go into exhaustive detail but rather will offer you some Qur'anic verses and Ahaadeeth below as examples since we only wish to show a glimpse of the Islamic message on jihad. Furthermore, we will not delve into the explanation of the Qur'anic verses or Ahaadeeth. You will recognise by the purity of language, the clarity of exposition, the lucidity of ideas and the force of spirituality that explanations and clarifications are not required.

‘Jihad is ordained for you (Muslims) though you dislike it, and it may be that you dislike something which is good for you and that you like something which is bad for you. Allah knows but you do not know.’
(Surat-al-Baqarah (2), ayah 216)


‘O you who believe! Be not like those who disbelieve (hypocrites) and who say to their brethren when they travel through the earth or go out to fight: 'If they had stayed with us, they would not have died or been killed,' so that Allah may make it a cause of regret in their hearts. It is Allah that gives life and causes death. And Allah is All-Seer of what you do. And if you are killed or die in the Way of Allah, forgiveness and mercy from Allah are far better than all that they amass (of worldly wealth etc.). And whether you die, or are killed, verily, unto Allah you shall be gathered.’
(Surat-aal-Imran (3), ayah 156-158)

!st!kharAh c!NtA...


Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..

* ana suka dengar lagu ni..*

bErakh!rNya medAn lat!hAn....

assalamualaikum all of readers..
esok hari khamis (5 mei 2011)..
esok jugak ana habiz practical di muassasah ar-rahnu maidam marang..
kejap je..pejam celik..pejam celik...tup..tup..dah 2 bulan ana practical kat situ..
pengalaman???
semuanya ada...
manis...pahit...tawar pun ada...
tapi semua tu ana larutkan dalam hati ana dan menjadikan sebuah pengalaman yang cukup berharga..
sebenarnya 2 bulan practical tak cukup untuk ana kutip ilmu yang berharga di sini..ilmu yang ana dapat ni memang tak pernah ana dapat sebelum ni..
ana belajar timbang emas...kira emas..blajar kenal jenis dan mutu emas..guna money machine..sealer machine..densimeter..money detector....semuanya benda baru bagi ana...
ni lah densimeter...timbang emas++++

A
alhamdulillah semuanya ilmu...insya-Allah..
time yang paling seronok bila ana kira money...fuh!!banyak bangat...hari tu ana kira duit yang jumlahnya banyak jugak la.. dalam RM100,000...memang syok lah...tapi keja ar-rahnu ni nak kena amanah sebab yelah kan kena jaga barang dan asset orang...kalau hilang...sendiri tanggunglah...kan3...
sedih sebenarnya dah nak habiz practical...after this ana akan bekerja sebagai pendidik plak..memang jauh dari profession ana..amik islamic banking but jd cikgu..tapi tak pe lah kan..matlamat ana hanya satu.. DnT...
mudah-mudahan Allah permudahkan semuanya..amin....

ni staff tempat kerja..

Tuesday 3 May 2011

! lovE u...

3 tahun kita duduk bersama
di dalam 1 medan
pada mulanya kita langsung tak kenal
wajah pun tak pernah nampak
apatah lagi nama
tapi semua tu dulu..
masing-masing tak kenal
tapi kini...
ta'aruf dapat mengungkapkan dan meleraikan segalanya
kita dah kenal hati budi masing-masing
malah kita pernah tinggal sekali..
makan bersama-sama..
belajar pun sama-sama...
paling best kita solat pun sama-sama...
semuanya rasa sweet sangat-sangat...
tapi sekarang....
kita tak dapat dah tinggal sama-sama...
makan sama-sama..
belajar sama-sama..
paling sedih kita tak dapat solat sama-sama lagi...
kerana kita dah tak duduk dalam satu medan dah..
masing-masing mengikut haluan masing-masing..
tapi..
satu je nak bagi tahu..
kemana pun awak pergi...
i'm always love u..
becoz our ukhwah is forever***
insya-Allah...^_^

ni lah kenangan kita bersama...sayang sangat-sangat pada kalian...

kembAl! lag!!!

apa khabar semua..moga kalian sentiasa dirahmati dan sentiasa mendapat rahmat-NYA.
rasanya agak lama diri ini tidak menulis di blog c!ntA hAt!ku..
maaf sangat-sangat keadaan tidak mengizinkan untuk berbuat demikian..
rindu pun ada...
sebenarnya tidak ada apa sangat yang nak dicoretkan becoz idea dan ilham belum ada buat masa ni..insya-Allah sedang menunggu ilham dari-NYA...