Tuesday 31 May 2011

sWeEt_MemOrAbLe ...

Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum kullu wa’antum..
Syukur Alhamdulillah sehingga ke hari ini Allah masih memberi peluang dan ruang untuk diri ini bernafas di muka bumi ini.merasai nikmat iman dan ukhwah di antara habluminannas jua nikmat yang paling terbesar adalah nikmat ISLAM. Syukur Alhamdulillah diri ini dilahirkan dalam keadaan ISLAM dan insya-Allah ISLAM is the way of my life insya-Allah. Sudah lama ana tidak update blog c!ntA hat!ku disebabkan keadaan tidak mengizinkan untuk ana berbuat demikian.
Syukur Alhamdulillah sepanjang menjadi pendidik di pusat tahfiz banyak perkara yang ana pelajari.kesabaran adalah tunjang Utama dalam melaksanakan amanah ini. Tanpa kesabaran banyaklah perkara-perkara yang tidak diingini akan terjadi.
Bagi ana medan yang ana lalui dan pilih ini adalah satu medan tarbiyyah bagi ana. Bohonglah kalau sepanjang perjalanan yang ana lalui ini ana tidak pernah tewas dan jatuh. Bilamana ana duduk bersendirian ana bermuhasabah “Jalan tarbiyyah memang ada onak durinya dan melakukan kerja-kerja islam memang ada penghalangnya” .
Bila fikiran dirasuk syaitan dan hawa nafsu bergabung menjadi satu, mahu saja jasad ini lari dan pergi dari medan ini namun ada segumpal darah yang merintih agar sabar dan kuat dalam melewati Jalan-jalan ini.
Hari-hari yang dilalui semakin hari semakin getir dan sukar namun semangat dan sokongan daripada sahabat-sahabat seperjuangan seperti nor dan kak tehah menjadi pendorong untuk ana terus bertahan. Bilamana jiwa dan fikiran rasa buntu, kaki ini laju saja bergerak dan duduk bersama-sama anak didik. Melihat keletah anak kecil membuatku rasa tenang. Kadang-kala bibir ini tersenyum sendiri melihat gelagat-gelagat yang mencuit hati. Bila diri ini kaku dan Tanpa mengeluarkan sepatah bicara, mulalah anak-anak ini mengerumuniku malah mereka juga turut memelukku.
“amin sayang cikgu…”
“batrisya sayang cikgu…”
“ainul suka cikgu sebab cikgu baik…”
“kenapa cikgu baik sangat??”
Hampir menitis air mata ini mendengar luahan mereka namun kutahan agar renik Jernih ini tidak dilihat oleh mereka. Lantas kupeluk mereka seerat-eratnya.hatiku sebak menahan tangis ini.
Tika sukma ini sedikit tenang, kubangun dan kupergi meninggalkan anak-anak ini dan kembali meneruskan kerja-kerjaku.
Sepanjang melaksanakan kerja ana , ana jadi hairan kenapa diri ana je dilihat salah.segala tindak tanduk ana di judge salah dipandangan pendidik-pendidik lain dan ana sendiri bingung dimana silap ana. Namun ana sabar dan tetap bersabar. Semua tu ana pandang dari sudut positif.ana pujuk diri ana, “tak per lah..Allah lebih mengetahui… biasalah Jalan menuju redha Allah memang ada onak durinya…”
dalam dimensi lain,ana kagum dengan anak didik ana yang hanya baru berumur 4-6 tahun tapi mampu menghafal surah yassin bermula ayat 1-64.
Terfikir juga ana even ana belum berkahwin malah ana boleh merasai bertuahnya ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka di pusat tahfiz ini mampu menjadi hafiz hafizah sejak kecil lagi. Bagi ana ini adalah salah satu pelaburan dan saham yang amat besar sekali. Hasilnya didunia dapat dan akhirat pun dapat..insya-Allah..
Di sini ana dapat belajar banyak ilmu dan pengalaman yang amat bermakna dalam hidup ana.tapi ada satu tarikh ini yang buat ana teruja sangat-sangat.
“16 mei 2011 @ Monday…”
Dulu time Sekolah rendah dan Menengah ana yang bagi hadiah pada cikgu-cikgu tapi kini anak didik plak yang bagi hadiah pada ana..syukur Alhamdulillah..banyak jugak hadiah yang ana dapat daripada pelajar-pelajar di pusat tahfiz ini..setelah dikumpul tiga plastic beg besar ana dapat hadiah dan dalam 50 hadiah jugak lah..alhamdulillah. tapi paling interesting nya bila ana masuk sukaneka rebut kerusi sempena hari guru..sengit jugak lah..
“ cikgu iefa..cikgu iefa…”
Masya-Allah time tu anak didikku memberi sokongan yang padu pada cikgunya..tak cukup dengan laungan “cikgu iefa..” ditambah pulak dengan tepukan gemuruh daripada skuad mereka..finally..alhamdulillah ana johan dalam acara tu..seronok sangat-sangat… dalam kedukaan terselit juga sebuah kebahagiaan.semuanya datanganya daripada Allah..Allah yang menghadirkan 1001 perasaan pada kita.. suka++duka++marah++bahagia++sedih++kasih-sayang++cinta++++++
Hadirnya perasaan itu menandakan bukti kekuasaan Allah..Cuma kadang kala kita tak terfikir pun semua tu bukti bahawa Allah still care us..trust it!!!

anak didik ana...


antara hadiah yang ana dapat...


No comments:

Post a Comment