Saturday 26 March 2011

Akidah…

Pada hari pertama dibahaskan tentang akidah. Yup! Madah ini sangat penting dan amat terkesan sekali dihatiku. Antara isi kandungannya; apa itu islam, iman dan ihsan. Apabila penceramah mengemukakan persoalan apa itu iman dan beriman? Masing-masing mula mencari idea yang relevan. Namun pelbagai jawapan yang kudengar apabila penceramah mengemukakan persoalan tersebut.
“beriman maksudnya puasa…”
“beriman maksudnya orang yang sembahyang…”
Macam-macam lagi jawapan yang kudengar. Apa yang pasti diriku mempunyai jawapanku tersendiri. Namun kuperhati pada penceramah pula. Dia hanya menggelengkan kepalanya. Mungkin sesetengah peserta tidak menyedari gelengan tersebut.
“beriman ialah seseorang yang patuh dan taat pada perintah Allah dan meninggalkan apa yang dilarang.”, ujar penceramah bagi melengkapkan jawapan pada persoalannya tadi.
Fikiranku mula bermain-main. Beginikah pemahaman dan penghayatan bagi bakal-bakal suami dan isteri? Fikiranku mula rungsing bila memikirkan bagaimana mereka mahu mendidik anak memandangkan dunia dan zaman semakin mencabar. Apakah mereka mampu mendidik anak-anak mereka mengikut acuan yang benar-benar dianjurkan oleh al-quran dan as-sunnah?

No comments:

Post a Comment